Wednesday, September 9, 2009

RON95 akan menggantikan RON92 .....



DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97. RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter murah 5 sen dari RON97 (RM1.80 harga sekarang) tetapi mahal 5 sen dar RON92 (RM1.70 harga sekarang), manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

No comments: